Thursday, April 19, 2012

Relay was fun!


Assalamualaikum and hye kawan kawan .
Dah lebih kurang seminggu tak update blog sebab busy dengan aktiviti sekolah . So , harini aku nak story sikit pasal aktiviti semalam iaitu relay . Relay tu macam perlawanan batton antara kelas . Syok gila kot semalam. Walaupon kelas aku , 2A6 cuma dapat pingat perak dalam acara 4x100m p2 tapi kira okay la daripada tahun lepas. Aku masuk acara 4x200m tapi kalah. Huhu agak sedih di situ. Tapi takpa laa.Tahun depan cuba lagi . Just keep trying and do the best okay? Cogan kata kelas aku ialah 'STEP IT UP'. Sebenarnya kami semua ambik dari lagu Step- Kara. Lagu korea lah katakan. Takkan hampa tak kenai Kara kowt. Kalau tak kenai pi kat google or youtube , search depa. Seperti biasa budak laki  tak menang apa apa. Tapi kami tak marah and salahkan sesiapa sebab semua orang dah cuba buat yang terbaik. Kaannn? Chill arh ;) Bila time penyampaian hadiah tu , agak boring sebab nak tunggu kelas lain ambik pingat. Jadi kami main main laa kat situ. Baling cawan laa, botol laa, geletek orang laa , wrestling tangan dan sebagainya. Hoho takdak kerja laa orang katakan. Time balik , semua pakat takmau kutip sampah and tak mengaku. Termasuk aku. Ish ish, apa nak jadi laa.Dari padang mai pulak ke kelas. Ezzanie tiba-tiba memulakan peperangan ais dalam kelas. Aku tak terlibat. I'm innocent. Kehkeh. Siapa nak kemas kelas taktau lah. Pastu , sesi tangkap gambar bermula. Kamera Zainul tiba-tiba habis bateri pulak. Hadoih. So kami panggil Wan Atikah. Dia yang tolong ambik gambar kelas kami. Lepas tu , kami semua pakat balik. Aku dengan Nang sempat jugak pi beli keropok , apom balik and air. Baru ja nak call , ayah aku and mak Nang pon sampai. Fuhh! Nasib baik. Semua ni adalah kenangan yang baik dan indah untuk kami semua. Semoga terus bekerjasama and bersemangat dalam semua aspek as one big family. Sekian, keep smiling :)

No comments:

Post a Comment