Monday, July 16, 2012

Randomyyyy .

Heyy Assalamualaikum kawan-kawan . Hihi , dah lama aku tak update blog ni . Dah bersawang dah pon rupanya . Dekat sebulan lebih jugak la aku tak tengok langsung blog ni . Tapi tiba-tiba tergerak hati nak update pulak kan :) So , tajuk harini random sebab takdak cerita hot pon yang nak diceritakan buat masa sekarang . First , Bulan Julyyyy . Aku suka bulan tujuh tahun ni sebab ada banyak peristiwa menarik *bagi aku* . Antaranya ialah my birthday , kakak kesayangan aku balik cuti sem , hari kokurikulum and PUASA ! Tak sabarnya nak puasa then raya . BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG ! HATI GIRANG ! Ahaha , mai-mai lagu Sudirman pulak kan . Seriously happy and tak sabar . Dah lama tak pi bazaar ramadan , pegi shopping baju raya . Soooo , tahun ni aku nak borong and shopping banyak-banyak . Muahaha :P

By the way , birthday aku lusa . Sapa yang baik hati tu , wish laa aku ka , bagi hadiah ka . Hahha , batak gila . Takdak lah , melawak ja . Taknak wish pon takpa  . Hehe . Second , aku masuk kawad Pandu Puteri . Ramai yang suka perlekehkan Pandu Puteri . Kata kawad lembut lah , tak reti lah . Tambah-tambah beberapa ahli PKBM . Sangat sangat geram okay . Tau la PKBM dah tera pon . Tapi toksah la dok perlekehkan orang lain sangat . Jangan cakap banyak okay , nanti kami akan tunjukkan yang terbaik waktu Hari Koko . Absolutely the best ! So shut up and mind your own business .

Third , rumah hantu . Wahhh , tak sabar gila nak masuk rumah hantu . Walaupun aku penakut . Hihi . Tahun lepas dah masuk , apa lagi kalau bukan menjerit . Hahah . Sumpah best . Tahun ni nak masuk banyak kali lah . Baru terasa nikmatnya :D

Lastly , twitter . Hoho . Twitter aku daripada bersawang dah jadi tweet 500 lebih . Tu la , dah bosan sangat . Jadi macam tu laa . Nasib baik tak kena tweetlimit . Aku banyak jugak la follow artist tapi aku tau depa takkan follow balik punya . Hahha , macam apa lagi . K anyway , ni ja pon aku nak cerita setelah berkurun lamanya . Apa-apa , just update aku dengan facebook or twitter okay ;) Bye assalamualaikum .

Friday, May 25, 2012

Holi Holi Holidaayyyss !

Assalamualaikum and hye buddies .
First of all , aku tau title entry aku macam gila sikit . Hehe. Well , semua dah tau kan periksa dah habis? Alhamdulillah . Akhirnya dapat freedom selama dua minggu jugak . Yeah . So , what to do dalam masa dua minggu ni haa? Hang out , vacation , online , update blog and so much more. Yang syoknya , kerja sekolah siiiikkkkiittt sangat . Cikgu baik kan . Weehhee ~ Hurm , Alhamdulillah jugak periksa kali ni semua okay-okay ja . Takdak yang susah sangat . My target are A or B only . InsyaAllah boleh capai target tu . Tapi kalau tak dapat capai , hurm . Cuba lagi lah and do the best okay , Sofea? Waktu periksa , aku duduk kat belakang sekali . Aku jugak duduk dekat tapi Wan . Budak yang pandai kat kelas . Kami baik , tak tiru langsung . Hee , perasan sat. Perkataan meniru tak kan ada dalam kamus hidup aku . InsyaAllah . Jangan jadi budak pandai tapi sebenarnya tau tiru orang ja. Tak fair la kan . Semua bergantung pada usaha masing-masing sama ada berjaya atau tak . Okay , sampai di sini saja entry kali ni . Nanti aku update lagi k ;) Sekian , keep smiling :)

Tuesday, May 15, 2012

Essoookkkk -.-

Heyy and assalamualaikum .
Well , exam is coming . Not coming but tomorrow. Diulangi TOMORROW! Nasib baik cuma paper 1 bm ja.  Malam ni kira cukup bagus aku study bm and baca segala komsas mak nenek tu . weehhee ~ Lepastu ada majlis hari guru. Hmm , this year , aku tak beli hadiah apa2 langsong kat cikgu. Saya mintak maaf sangat cikgu sebab tak dapat beli hadiah . Semua sebab busy and takdak masa nak pergi beli . Sorry nah ;)  Aku paling suka cikgu norita sebab dia sporting gila. Ehe. Sayang cikgu. And cikgu yang paling nominated sebagai cikgu paling garang and mulut teeettt , ialah ttuuuuttt. Ahaha. Biarlah rahsia . Yang penting dia cikgu KH kami. Ergh , tak sporting langsung. Tak benci cuma tak suka. Haaa , esok kami kena buat persembahan untuk hari guru. Kena menyanyi lagu jepun weh . MENYANYI LAGU JEPUN. Dah la suara aku macam , eeerrr. Nasib baik 10 orang atas stage. Kalau tak , aku dah lama mati kenervousan di situ. Okay lah , sampai di sini sahaja. Bagi yang nak ambik exam tu , GOOD LUCK OKAY! Good luck for me too . Hihi. Bye bye anda! Keep smiling :)

Thursday, April 19, 2012

Relay was fun!


Assalamualaikum and hye kawan kawan .
Dah lebih kurang seminggu tak update blog sebab busy dengan aktiviti sekolah . So , harini aku nak story sikit pasal aktiviti semalam iaitu relay . Relay tu macam perlawanan batton antara kelas . Syok gila kot semalam. Walaupon kelas aku , 2A6 cuma dapat pingat perak dalam acara 4x100m p2 tapi kira okay la daripada tahun lepas. Aku masuk acara 4x200m tapi kalah. Huhu agak sedih di situ. Tapi takpa laa.Tahun depan cuba lagi . Just keep trying and do the best okay? Cogan kata kelas aku ialah 'STEP IT UP'. Sebenarnya kami semua ambik dari lagu Step- Kara. Lagu korea lah katakan. Takkan hampa tak kenai Kara kowt. Kalau tak kenai pi kat google or youtube , search depa. Seperti biasa budak laki  tak menang apa apa. Tapi kami tak marah and salahkan sesiapa sebab semua orang dah cuba buat yang terbaik. Kaannn? Chill arh ;) Bila time penyampaian hadiah tu , agak boring sebab nak tunggu kelas lain ambik pingat. Jadi kami main main laa kat situ. Baling cawan laa, botol laa, geletek orang laa , wrestling tangan dan sebagainya. Hoho takdak kerja laa orang katakan. Time balik , semua pakat takmau kutip sampah and tak mengaku. Termasuk aku. Ish ish, apa nak jadi laa.Dari padang mai pulak ke kelas. Ezzanie tiba-tiba memulakan peperangan ais dalam kelas. Aku tak terlibat. I'm innocent. Kehkeh. Siapa nak kemas kelas taktau lah. Pastu , sesi tangkap gambar bermula. Kamera Zainul tiba-tiba habis bateri pulak. Hadoih. So kami panggil Wan Atikah. Dia yang tolong ambik gambar kelas kami. Lepas tu , kami semua pakat balik. Aku dengan Nang sempat jugak pi beli keropok , apom balik and air. Baru ja nak call , ayah aku and mak Nang pon sampai. Fuhh! Nasib baik. Semua ni adalah kenangan yang baik dan indah untuk kami semua. Semoga terus bekerjasama and bersemangat dalam semua aspek as one big family. Sekian, keep smiling :)